Sunday, May 6, 2012

MENGADU DOMBA!!

Assalamualaikum semua...
entry kali ni aku nak kongsi ape yang aku dapat dari internet lah kan...tbe2 terpikir nak cari lah..mcm tjuk kat atas...MENGADU DOMBA...ape tu??eh xkan xpernah dengar..
sure pernah kan..aku pon pernah dengar...kalau nak tahu...mengadu domba ni mcm kirenya org yang menyampaikan cerita pada org lain dgn niat yg xbaiklah...sampai terjadinya pergaduhan...Haa..xbaik kan..tapi tulah, kadang2 kehidupan seharian kite ni, boleh buat kite luper tentang perihal ini...sedangkan Allah S.W.T amat membenci orang mengadu domba....

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
(sumber:jazmin.wordpress)

seperti peristiwa diatas...dapat dilihat golongan tersebut memakan daging sesama mereka...xdapat aku bayang kan...kadang2 kita sendiri tidak sedar yang kita juga selalu mengadu domba sebenarnya, sebab kita suka sangat bercerita dengan kawan2 rapat...so kita kenalah mengingat kn diri sendiri...
tak di nafi kan kadang2 kite lupa...
Dalam bhasa arab...golongan ini di panggil  an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.
Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.(http://jazimin.wordpress.com/)
aku rase banyak lagi yang aku xterangkan...so kalau ade sape2 yang nak bace dgn lebih lanjut taip jek....or try link dekat atas...
oklah, setakat inilah sahaja entry kali nie...ni pon xde keje nak wat nie (padahal belambakkan....)

No comments:

Post a Comment