Thursday, May 10, 2012

~wanita..hiasan dunia~

assalamualikum...ha, ni post yang ke dua untuk mlm nie....alah..mlm nie jek free kot...alang2 dah free baik aku post bnyk2...sharing is caring...hahaha, tapi selalu jek aku ckp kat kwn aku..sharing is boring..hee~~
oklah..nak cerita ape ek...apa lagi nak menyampaikan ape yang aku baru bacelah....
well tentang wanita...biasalah sumber dari MYIBRAH...kalau ada sape2 yang nak baca bolehlah bace kat c2..hee~ bnyk lagi article yang boleh bace..
oklah...xnak tulis panjang2 tp ngarut k..:)

Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:
  • Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
  • Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
  • Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
  • Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
  • Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
  • Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
  • Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada
setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

sebenarnya bnyk lagi....tapi boleh bukak laman web dekat bwh nie...untuk mengetahui lebih lanjut...

(http://myibrah.com/mudahnya-wanita-mendapat-pahala-dan-syurga)

daripada pembacaan saya, ternyata bahawa wanita mempunyai bnyk cara dan mudahnya mendapat pahala..jikalau melayan suami...so moralnya, bnyk2 lah membuat kebaikan pada suami...ikhlaskan lah hati....
~wasalam~

No comments:

Post a Comment